JAKARTA: Indonesia meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran bagi membantu menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas, dengan perbincangan teknikal sedang dijalankan untuk menentukan pengaturannya.

Menteri Luarnya, Arrmanatha Nasir, berkata Presiden, Prabowo Subianto telah meluluskan cadangan bantuan itu, manakala Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) kini mengadakan perbincangan di peringkat teknikal mengenai pelaksanaannya.

"Bantuan yang ingin diberikan negara jiran telah dibincangkan dan kini sedang diproses.

"Seperti yang kita ketahui, presiden juga telah memberikan kelulusan dan perkara itu kini dibincangkan di peringkat teknikal," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup dengan Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta.