Kuala Lumpur: Syarikat teknologi terkemuka, Google mendedahkan kemerosotan mendadak trafik laman web berita sehingga 40 peratus.
Pada masa sama, Google mengumumkan langkah untuk memaparkan pautan kepada artikel dan laman web secara lebih menyerlah dan di kedudukan yang lebih atas dalam keputusan carian berteraskan kecerdasan buatan (AI) miliknya.
Rombakan ini dibuat selepas gergasi teknologi itu menerima amaran dan aduan berterusan daripada jenama serta penerbit berita yang terkesan teruk.
Berdasarkan laporan oleh firma perunding Chartbeat, penerbit laman web berita merekodkan penguncupan trafik yang kritikal daripada Google antara Julai 2025 hingga Julai 2026.









