Sungai Petani: Muncul juara kumpulan menjadi kelebihan buat regu yang bertanding pada saingan Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 apabila mereka mengesahkan tiket automatik ke pusingan kalah mati, namun perjuangan masih belum berakhir buat pasukan lain yang mengintai peluang.

Saingan yang berlangsung di Arena of Sport, di sini, menyaksikan beberapa regu berjaya mengungguli kumpulan masing-masing selepas mengharungi aksi sengit, sekali gus memastikan tempat dalam pusingan seterusnya.

Antara regu yang muncul juara kumpulan ialah Alfa Cafe MIBJ B, Highlander A, Jelutong Pantai A, Alfa Cafe MIBJ C, Young Turtles B, Highlander Z, NSTDP Kedah A, SSTMI C, SSTMI A dan AJST.

SSTMI B turut menampilkan prestasi cemerlang apabila menamatkan saingan Kumpulan K dengan rekod tiga kemenangan, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kejohanan berkenaan.