KUALA LUMPUR: Pencalonan dalam lima terbaik (Top 5) kategori Pelakon Lelaki Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 menerusi filem Tarung: Unforgiven menjadi suntikan semangat buat Mierul Aiman untuk terus memperkukuh kemahiran dan memberikan hasil lakonan lebih baik.
Mierul, 28, menyifatkan pencalonan itu sebagai tanda kepercayaan industri terhadap bakat dan komitmennya dalam dunia lakonan, sekali gus memberi keyakinan bahawa dirinya berada di landasan tepat untuk mengembangkan kerjaya seni.
"Mendapat anugerah itu adalah satu perkara yang baik terhadap hasil kerja saya. Semestinya saya sentiasa bersyukur kalau berjaya memiliki sebarang anugerah.
"Buat masa sekarang, saya sangat bersyukur kerana melihat pencalonan ini sebagai satu kepercayaan yang diberikan industri kepada saya.






