KUALA LUMPUR: Kumpulan Masdo menegaskan tiada penyanyi lain mampu menggantikan Aisyah Aziz untuk membawakan lagu duet mereka, Pujaanku, sekali gus mengakui keistimewaan karakter dan ton suara penyanyi itu sukar ditandingi.
Vokalisnya, Ali Sariah, berkata Aisyah kekal sebagai pilihan utama Masdo sekiranya lagu berkenaan dipersembahkan secara langsung, meskipun kumpulan itu tidak menolak kemungkinan mengajak penonton menyanyikan bahagian vokal Aisyah jika penyanyi itu tidak dapat bersama mereka.
"Tiada pengganti. Katakanlah jika kami nak bawa lagu Pujaanku itu balik, seboleh-bolehnya kami nak dapatkan Aisyah untuk menyanyikan lagu itu," katanya ditemui pada sidang media Nu Fest 2027 di Las Palmas Racquet Club, City Parking, di sini, baru-baru ini.









