KUALA LUMPUR: Bermula sebagai jingle korporat, lagu Bagimu Bagiku yang dirakamkan penyanyi Ramlah Ram pada 1989 tidak disangka-sangka mencuri perhatian pendengar, sekali gus menjadi antara karya yang meninggalkan kesan dalam sejarah pengiklanan New Straits Times Press (NSTP).

Namun, di sebalik kejayaan lagu itu, Ramlah, 61, mengakui dirinya pada awalnya berasa kekok untuk menyanyikan jingle berkenaan kerana melodinya berbeza daripada lagu yang lazim dirakamkan bersama komposer Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.

"Pada mulanya, saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri kerana lagu itu bukan seperti kebiasaan saya. Akhirnya, saya berjaya mentafsirkan lagu itu mengikut cara sendiri, dengan memberikan sentuhan yang mencerminkan identiti Ramlah Ram," katanya kepada BH Online.