JOHOR BAHRU: Johor telah berdepan ancaman kesihatan akibat jerebu sejak 25 Ogos lalu, iaitu kira-kira 53 hari lalu dengan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, susulan itu pihaknya menyeru negara-negara ASEAN memainkan peranan lebih aktif dengan mengadakan mesyuarat tergempar.

“Tujuannya adalah bagi memperkukuh tindakan bersama dalam aspek pengawalan kebakaran, pemantauan titik panas dan pencegahan kebakaran pada masa akan datang.

“Risiko jerebu rentas sempadan turut menjadi perhatian susulan aktiviti titik panas di Indonesia. Berdasarkan maklumat ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang diterima, sebanyak 453 titik panas dikesan di Kalimantan dan 153 di Sumatera.