SEREMBAN: Polis menemukan sebilah pisau di atas tilam dalam bilik utama kediaman pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang maut dipercayai dibunuh di sebuah unit kediaman kakitangan awam di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata senjata berkenaan dijumpai selepas ditunjukkan sendiri suspek ketika pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian.
"Pisau itu disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan diambil untuk tindakan serta pemeriksaan forensik," katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Khamis, seorang lelaki dilaporkan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan mendakwa membunuh isterinya








