SEREMBAN – Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.
Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas

Key points
- SEREMBAN – Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.
- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.
- Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Suami bunuh pegawai Kastam sebelum serah diri kepada polis
- Utusan Malaysia Polis sahkan pegawai AKPS maut ditikam suami
- Free Malaysia Today Pegawai AKPS maut ditikam suami akibat perselisihan rumah tangga
- Sinar Harian Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas (this story)









