IPOH – Pekebun di Rancangan Pertanian Berkelompok Ulu Chemor, Bukit Bangkong di sini meluahkan kebimbangan selepas tanaman dan peralatan kebun mereka mengalami kerosakan akibat gangguan gajah liar sejak akhir September lalu.Kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali itu bukan sahaja memusnahkan tanaman buah-buahan malah merosakkan tangki air, kolam dan sistem paip yang digunakan untuk mengusahakan kebun berkenaan.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa kesan yang ditinggalkan mamalia itu seperti tinja dan tapak kaki selain kerosakan peralatan seperti tangki air serta tong air untuk kegunaan pertanian.Beberapa pokok yang menjadi sasaran haiwan tersebut termasuk kelapa, nangka dan durian selain kolam tadahan turut menjadi tempat gajah tersebut berkubang.Pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, berkata, kehadiran gajah liar itu mula dikesan pada 27 September lalu sebelum kejadian berulang pada 3 dan 11 Oktober lepas.Menurutnya, serangan pertama dan kedua tertumpu pada tanaman di kawasan bawah bukit, manakala kejadian ketiga melibatkan kawasan lebih tinggi sehingga ke puncak bukit."Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sini. Sebelum ini, kami hanya berdepan masalah kehadiran harimau belang."Antara kerosakan yang berlaku termasuk pokok nangka, kelapa dan durian selain tangki air serta paip yang digunakan untuk kebun," katanya ketika ditemui media pada Jumaat.Abdul Rahim berkata, jumlah kerugian keseluruhan masih belum dapat ditentukan kerana tahap kerosakan berbeza mengikut kebun masing-masing.Bagaimanapun katanya, lebih 40 pokok kelapa di kebunnya terjejas, manakala kos membaiki kemudahan seperti kolam dan sistem paip dijangka membebankan pekebun.Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengusir atau memindahkan gajah liar berkenaan ke habitat yang lebih sesuai bagi mengelakkan kejadian berulang."Kami sudah mengeluarkan banyak modal dan tenaga untuk mengusahakan dusun buah-buahan ini. Usaha kami juga sebahagian daripada sumbangan kepada keterjaminan makanan negara."Jika dibiarkan, kami bimbang gajah itu akan kembali dan menyebabkan kerosakan lebih besar sehingga menjejaskan mata pencarian pekebun," katanya.Sementara itu, seorang lagi pekebun, Omar Abdullah, 70, berkata, gangguan haiwan liar berkenaan turut menjejaskan semangat pekebun untuk meneruskan usaha pertanian mereka.Menurutnya, kira-kira 12 lot kebun membabitkan 12 pemilik terjejas akibat kejadian itu, daripada keseluruhan 119 lot seluas kira-kira 9.6 hektar di kawasan berkenaan.Beliau berkata, antara kerosakan yang dilaporkan termasuk pokok durian, nangka dan kelapa serta tangki dan paip air."Kerosakan bukan hanya melibatkan tanaman dan peralatan, tetapi semangat kami sebagai pekebun turut terjejas. Kami berharap ada pihak yang dapat membantu memulihkan semangat untuk meneruskan usaha ini."Tanah ini diberikan untuk kami usahakan, manakala benih turut dibekalkan Jabatan Pertanian. Kami menyahut seruan kerajaan untuk memba