KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan berbincang dengan anak guam mereka berhubung kemungkinan mengambil tindakan seterusnya terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab atas kematian remaja itu.
Peguam, Shahlan Jufri berkata, pihaknya ketika ini memberi tumpuan kepada penyediaan hujahan bertulis bagi prosiding inkues kematian Zara sebelum sebarang keputusan mengenai tindakan lanjut dibuat.
Beliau berkata, keputusan untuk mengambil tindakan sivil atau sebaliknya terletak sepenuhnya di tangan anak guamnya selepas pihak peguam memberikan pandangan dari sudut perundangan.
“Buat masa ini, kami hanya fokus kepada inkues ini dahulu, terutamanya menyiapkan hujahan bertulis. Itu keutamaan kami.






