Beijing: Jambatan baharu yang menghubungkan China dan Korea Utara dibuka selepas tertangguh lebih 10 tahun, sekali gus menandakan hubungan antara kedua-dua negara semakin erat, lapor The Independent.
Agensi Berita Xinhua milik kerajaan China melaporkan, majlis perasmian Jambatan Sungai Yalu Baharu itu berlangsung pada pagi Khamis.
Video yang disiarkan agensi media kerajaan China News Service pula menunjukkan, beberapa trak dihiasi bendera China dan Korea Utara sedang menunggu di atas jambatan berkenaan.
Difahamkan, struktur sepanjang tiga kilometer (km) dengan empat lorong itu menghubungkan bandar Dandong di timur laut China dengan Sinuiju di Korea Utara, selain dijangka meningkatkan pertukaran ekonomi, perdagangan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F051a26f69fc289398b827737b67d5a58.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
