Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membincangkan beberapa isu, termasuk jerebu yang menjejaskan negara ketika ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu antara lain akan memberi perhatian kepada keperluan penyelarasan lebih menyeluruh antara kementerian dalam menangani kesan jerebu, khususnya membabitkan aktiviti sukan luar bangunan dan pengoperasian sekolah.
Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memaklumkan Jemaah Menteri bahawa garis panduan sedia ada bagi menangani isu berkenaan adalah berlandaskan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F051a26f69fc289398b827737b67d5a58.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
