Sungai Petani: Bukan sekadar berentap memburu gelaran juara dan hadiah lumayan, peserta serta pengunjung Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 turut berpeluang membawa pulang hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang disediakan pihak McDonald's Malaysia.

Inisiatif itu memberi kelainan kepada penganjuran kejohanan yang berlangsung di Arena of Sport, di sini, apabila kemeriahan bukan hanya tertumpu kepada aksi regu di gelanggang, malah turut dirasai semua yang hadir.

Lebih menarik, pelbagai hadiah disediakan menerusi cabutan bertuah berkenaan, termasuk baucar McDonald's, jam tangan dan telefon bimbit yang pastinya menjadi tarikan kepada peserta serta pengunjung.

Tawaran itu sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepada mereka yang menyertai kejohanan berkenaan, selain peluang menyaksikan persaingan sengit regu-regu yang memburu kemenangan dalam saingan masing-masing.