Kuala Lumpur: Selepas tiga bulan menimang cahaya mata sulung, pelakon Datin Nelydia Senrose berkongsi wajah puteranya, Diaz menerusi media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan rakan artis dan peminat.

Nelydia, 32, berkongsi foto bayi comel itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Perkongsian pelakon drama bersiri popular, Spa Q itu mengundang pelbagai reaksi positif, dengan ramai yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat wajah putera sulung pasangan berkenaan.

"Masya-Allah, bayi comel sangat. Tak sabarnya nak jumpa," komen seorang teman rapatnya.