PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diarah mengadakan libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung pindaan Perlembagaan bagi memisahkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan beberapa perkara yang dititahkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan berkenaan.

"Perdana Menteri mengarahkan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengadakan libat urus dan perbincangan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sudah menyediakan draf bagi pindaan Perlembagaan terbabit.