KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta Taekwondo Malaysia (TM) memberi tumpuan lebih serius kepada virtual taekwondo, selepas ini.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, virtual taekwondo tersebut, wajar diberikan tumpuan memandangkan disiplin tersebut masih belum dikuasai mana-mana negara, setakat ini.
Beliau berkata permintaan tersebut diutarakan, sewaktu menerima kunjungan hormat delegasi TM diketuai presidennya Azizul Annuar Adenan semalam, yang turut membincangkan hala tuju badan memayungi sukan tempur itu bagi tempoh 2026-2030.
"Antara fokus menarik seperti pembangunan para taekwondo, virtual taekwondo dan pegawai teknikal, penganjuran acara antarabangsa di Malaysia, serta persiapan menghadapi Sukan SEA Malaysia 2027.








