SEREMBAN: Jenazah anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut selepas dirempuh lori ketika bertugas di Kilometer 256.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini malam tadi, selamat dikebumikan jam 4.20 petang.
Terdahulu Jenazah Allahyarham Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42, disolatkan di Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebelum dibawa Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, di sini, dan tiba jam 3.30 petang.
Saudara- mara dan warga JPJ Negeri Sembilan turut hadir mengiringi jasad anak sulung daripada tiga beradik itu buat kali terakhir.
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan jabatan itu dan dua lori di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi.








