Seremban: Jenazah anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut selepas dipercayai dirempuh lori ketika bertugas di Kilometer 256.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini, malam tadi, selamat dikebumikan jam 4.20 petang.

Terdahulu jenazah Allahyarham Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42, disolatkan di Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, di sini, dan tiba jam 3.30 petang.

Saudara-mara dan warga JPJ Negeri Sembilan turut hadir mengiringi jasad anak sulung daripada tiga beradik itu buat kali terakhir.