Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum pengumuman rasmi pada 24 Oktober ini.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, senarai calon berkenaan akan diputuskan bersama Perdana Menteri merangkap Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama parti sebelum tarikh pengumuman itu.

"Kita sudah mengenal pasti calon itu sejak dua tahun lalu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan muda, berpengalaman dan mempunyai kerjaya.

"Ada calon muda, ada calon berusia, berpengalaman dalam politik, bekerjaya dan semestinya berusia 18 tahun ke atas," katanya kepada media selepas majlis Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu Malaysia: Enam Cip Buatan Tempatan di sini, hari ini.