PETALING JAYA: Keluarga kepada lelaki yang mati ketika dalam tahanan, Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, membuat laporan terhadap Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, di sini, hari ini.
Peguam Latheefa Koya berkata, laporan polis itu dibuat susulan kenyataan Fadil berhubung kematian Noorizwan, yang disifatkannya tidak jujur serta cubaan menjustifikasi kejadian hanya kerana Allahyarham mempunyai rekod lampau.
"Kami amat terkejut dengan kenyataan dibuat dalam sidang media semalam kerana apa yang diperkatakan bercanggah dengan yang kami saksikan sendiri.
"Ini terutama berdasarkan hasil pertemuan kami dengan pakar patologi, Dr Faridah, pada Isnin, 12 Oktober lalu, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).








