Petaling Jaya: Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, di sini, hari ini.
Peguam Latheefa Koya berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan Fadil berhubung kematian Noorizwan yang disifatkannya sebagai tidak jujur serta cubaan menjustifikasi kejadian berkenaan hanya kerana Allahyarham mempunyai rekod lampau.
"Kami amat terkejut dengan kenyataan yang dibuat dalam sidang media semalam kerana apa yang diperkatakan bercanggah dengan yang kami saksikan sendiri.
"Ini terutama berdasarkan hasil pertemuan kami dengan pakar patologi, Dr Faridah, pada Isnin, 12 Oktober lalu, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAPMC1_889603.png&w=480&output=webp&q=85&we)