KUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan di Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita dalam aksi suku akhir, hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking keempat dunia tidak berdepan masalah besar apabila menundukkan pasangan di ranking ke-41 dunia itu 21-16, 21-18 dalam tempoh 38 minit.
Aaron dan Wooi Yik tenang mengawal permainan dengan baik bagi mengekang kebangkitan Okamura-Yamashita, sekali gus memastikan kemenangan menerusi straight set.
Pertembungan di pentas Terbuka Denmark itu adalah pertemuan pertama antara kedua-dua gandingan berkenaan.









