KUALA LUMPUR: Industri berteraskan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) kini menjadi tumpuan kerajaan dalam usaha meningkatkan peratusan tenaga kerja mahir di negara ini.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia selaras sasaran 35 peratus yang ditetapkan untuk tenaga kerja mahir di Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).
"Sebab itu industri ini (HCHV) menjadi tumpuan kerajaan sama ada dalam rancangan Malaysia atau pelaksanaan yang sedang dilakukan sekarang," katanya ketika sidang media pada majlis Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu Malaysia: Enam Cip Buatan Tempatan sempena Sidang Kemuncak AI dan Semikonduktor (AiSEM) Selangor 2026, di sini, hari ini.






