KUALA LUMPUR: "Saya sekadar ingin anda (pihak pemandu BYD) berfikir, atas sikap kecuaian awak memandu membabi buta, orang lain yang menjadi mangsa.

"Saya berharap mahkamah boleh memberi keputusan yang adil kerana bukti rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sangat jelas dan nyata."

Demikian luahan Nurul Akmar Yahya berhubung kemalangan menimpa adiknya, Ahmad Safwan Yahya, dalam nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian membabitkan sebuah kereta elektrik BYD, Perodua Bezza, Nissan Almera, Toyota Alphard, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha 135LC itu turut mengorbankan seorang kanak-kanak, Asiah Ahmad Syahir, 5.