KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Ketiga 2026 bagi Malaysia yang mengatasi jangkaan awal.
Pada 6 petang, ringgit naik ke paras 4.0795/0835 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0800/0835, semalam.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran (KDNK) bagi Suku Ketiga 2026, memaklumkan ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam memberitahu Bernama, pengumuman itu menunjukkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan.






