MELAKA - Program pengumuman calon dan pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ditangguhkan ke 24 Oktober depan.Penangguhan itu mencetuskan persoalan apabila timbul dakwaan di media sosial bahawa perubahan tarikh berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi lokasi penganjuran program.Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, seorang pengguna mendakwa beberapa lokasi yang dicadangkan PH untuk mengadakan program berkenaan ditolak PBT.Pengguna itu turut mendakwa pemilik sebuah premis persendirian di Klebang yang dicadangkan sebagai lokasi program menerima panggilan daripada individu yang didakwa meminta supaya tempahan premis berkenaan dibatalkan.Hantaran itu turut membangkitkan persoalan mengenai layanan terhadap parti politik pembangkang, dengan membandingkan situasi berkenaan dengan penggunaan Stadium Paroi di Negeri Sembilan oleh Barisan Nasional (BN) bagi penganjuran program pengumuman calon.Bagaimanapun, dakwaan berhubung penolakan permit dan campur tangan pihak tertentu itu belum dapat disahkan.Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada beberapa pemimpin PH negeri berhubung dakwaan itu.SPR sebelum ini menetapkan penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober diikuti undi awal 10 November dan 14 November sebagai hari pengundian.
PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Oktober

Key takeaways
Program pengumuman calon PH Melaka ditangguhkan ke 24 Oktober kerana isu permit PBT.
- Pengumuman calon PH Melaka ditangguhkan ke 24 Oktober.
- Dakwaan penolakan lokasi oleh PBT belum dapat disahkan.
- SPR tetapkan tarikh penamaan calon pada 31 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR
- Utusan Malaysia PH Melaka sudah kenal pasti calon PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Oktober (this story)








