Shah Alam: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama mewah, Lexus RX yang dipandu lelaki warga emas berusia 60 tahun memasuki landasan kereta api dan bergerak sejauh 130 meter sebelum tersangkut di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Jalan Limbungan di Klang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan kejadian yang tular di media sosial sejak semalam itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika kejadian pada 11.40 malam.
"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit memandu masuk ke laluan landasan berkenaan sebelum keretanya bergerak sejauh 130 meter dan tersangkut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.









