Keadaan lori yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan seorang anggota PJ di KM256, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, sebelum susur masuk Senawang malam tadi.PETALING JAYA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala rakannya parah selepas dirempuh lori ketika membuat pemeriksaan terhadap sebuah lagi kenderaan berat di KM256, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, sebelum susur masuk Senawang malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, berdasarkan maklumat awal, dua anggota JPJ itu sedang menjalankan tugas rondaan sebelum menahan sebuah lori jenis ‘low loader’ di lorong kecemasan berhampiran susur persimpangan Senawang.

"Bagaimanapun, sebuah lori lain secara tiba-tiba merempuh anggota serta kenderaan JPJ dari arah belakang," katanya yang dipetik Buletin TV3 sebagai berkata.