SEREMBAN: Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mendesak kerajaan negeri segera memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal pertama.

Mereka meluahkan rasa kesal apabila mendakwa persidangan berkenaan yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan tanpa sebarang makluman rasmi mahupun surat bertulis.

Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, J Arul Kumar, berkata semakan di portal rasmi e-Dewan sehingga pagi ini masih memaparkan jadual persidangan berlangsung selama lima hari pada 16 hingga 22 Oktober 2026.

"Hari ini sepatutnya hari pertama persidangan, tetapi apabila kita hadir, tiada persidangan dilaksanakan. Kita tidak dimaklumkan berkaitan penangguhan ini sama ada secara bertulis mahupun menerusi portal rasmi.