Ketua pembangkang Negeri Sembilan J Arul Kumar (tengah) bersama 10 lagi Adun PH di luar bangunan Wisma Negeri di Seremban. (Gambar DAP)PETALING JAYA: 11 Adun Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan meluahkan rasa kesal apabila persidangan perasmian penggal pertama DUN negeri yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan tanpa sebarang pemakluman rasmi mahupun surat bertulis.
Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata semakan di portal rasmi e-Dewan sehingga pagi ini masih memaparkan jadual persidangan berlangsung selama lima hari bermula 16 hingga 22 Okt 2026.
"Hari ini sepatutnya hari pertama persidangan, tetapi apabila kita hadir, tiada persidangan dilaksanakan.
"Kita tidak dimaklumkan berkaitan dengan penangguhan ini sama ada secara bertulis mahupun menerusi e-Dewan," kata Adun Nilai itu dalam sidang media di luar Wisma Negeri di Seremban.






