Kuala Lumpur: Suasana di sekitar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, pagi ini kekal tenang ketika perhatian tertumpu kepada kemungkinan beliau dibawa pulang bagi menjalani tahanan rumah.

Tinjauan mendapati, sebuah van polis berada di kawasan berkenaan, selain beberapa kon keselamatan di sepanjang laluan menuju ke kediaman itu.

Bagaimanapun, tiada tanda persiapan khusus bagi menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri terbabit dapat dilihat ketika tinjauan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, ketika dihubungi berkata, penugasan polis di kawasan berkenaan berjalan seperti biasa.