KOTA BHARU: PAS dan UMNO dijangka memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh dua hari lagi, dengan perbincangan tertumpu kepada baki kerusi yang belum diputuskan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata parti itu akan memberi keutamaan kepada UMNO kerana mengiktiraf Melaka sebagai kubu kuat parti berkenaan.
Beliau berkata, PAS menghormati kedudukan UMNO di negeri itu dan akan memberi tumpuan kepada kerusi yang tidak ditandingi Umno.
"PAS memberi keutamaan kepada UMNO kerana Melaka adalah kubu kuat UMNO, dengan parti itu mempunyai 21 kerusi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailBinLasim1_754382.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

