JOHOR BAHRU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding sembilan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November depan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata senarai calon parti itu akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera PH PRN Melaka, di tapak parkir Stadium Hang Jebat, Melaka, jam 8 malam 24 Oktober depan
"Calon kita lebih kurang sudah dimuktamadkan, insya-Allah. Setakat ini, kita akan bertanding di sembilan kerusi dan PH tentunya akan bertanding lebih banyak kerusi.
"Perkara paling penting bagi kita di Melaka adalah memastikan persiapan sudah dilakukan dan kita akan memberikan saingan yang sangat baik, insya-Allah," katanya selepas Majlis Perasmian Jelajah Pameran Francais Antarabangsa Zon Selatan (RFIM2027), di sini hari ini.










