Kuala Lumpur: Peluasan akses kecerdasan buatan (AI) dan liputan Internet menerusi Belanjawan 2027 perlu disertai dengan latihan praktikal, bimbingan pelaksanaan serta perkhidmatan berkualiti bagi memastikan rakyat dan perniagaan memperoleh manfaat sebenar pendigitalan.

Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) Alex Liew berkata, tambahan 100,000 langganan AI percuma serta dana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM30 juta untuk membantu 4,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerapkan AI dan automasi boleh mengurangkan halangan kos serta mempercepat penggunaan teknologi itu.

"Bagaimanapun, langganan percuma perlu dilihat sebagai pintu masuk. Produktiviti hanya meningkat apabila AI digunakan untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang jelas dan disepadukan dalam proses kerja.