Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata beliau tidak faham mengapa M Nasir dan Sheila Majid tidak sokong garis panduan bayaran royalti sedangkan majoriti pemain industri melihat ia satu perkembangan positif.PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa penghibur terkenal M Nasir dan Sheila Majid menjelaskan mengapa dua organisasi yang diterajui mereka mencabar garis panduan hak cipta kerajaan.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata garis panduan itu bertujuan meningkatkan ketelusan dalam pengutipan dan pengagihan royalti muzik oleh organisasi pengurusan kolektif.

Beliau berkata beliau kecewa dengan Music Authors Copyright Protection (MACP), Public Performance Malaysia dan Recording Performers Malaysia (RPM) kerana memfailkan permohonan semakan kehakiman itu.