Mahkamah Sesyen Kangar menetapkan 17 dan 18 Dis ini sebagai tarikh prosiding untuk Ahmad Husam Muhamad Baderudin membela diri. (Gambar Bernama)KANGAR: Mahkamah Sesyen memerintahkan pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam, membela diri atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf pada 2023.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Husam, 36.

Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Dis, untuk prosiding bela diri.

Pada 26 Sept 2024, Husam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan hakim yang sama.