KANGAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam, membela diri atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf pada 2023.Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Husam, 36.Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Disember untuk prosiding bela diri.Pada 26 September 2024, Ahmad Husam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan hakim yang sama.Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini pada 11.30 pagi, 4 Mei 2023.Beliau didakwa mengikut Seksyen 4A (3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21), dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4A (6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21).Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu hingga lima tahun atau kedua-duanya.Prosiding hari ini dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis Mohd Izham Ali, manakala Peguam Datuk N Sivananthan mewakili Ahmad Husam.- Bernama
Terima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri

Key takeaways
Ustaz Husam diarahkan membela diri atas tuduhan menerima gelaran tidak diiktiraf pada 2023.
- Mahkamah sesyen memutuskan Ustaz Husam perlu membela diri.
- Ahmad Husam mengaku tidak bersalah pada 26 September 2024.
- Dia didakwa mengikut Enakmen Lambang-Lambang 2016 dan boleh didenda hingga RM500,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Berita Harian , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Updated
- October 16, 2026 at 5:42 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Terima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri (this story)
- Free Malaysia Today Terima gelaran tak diiktiraf, pendakwah bebas diperintah bela diri








