Kota Kinabalu: Barisan peguam menzahirkan penghargaan kepada media atas liputan profesional, adil dan tepat sepanjang prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat berkata, media membuat liputan inkues sejak ia bermula pada September tahun lalu dan mereka bersikap profesional sepanjang pendengaran.
"Terima kasih atas laporan inkues yang tepat dan pantas. Terima kasih banyak-banyak," katanya pada sidang media selepas Mahkamah Koroner menetapkan 15 Januari ini untuk keputusan, hari ini.
Barisan peguam Noraidah turut dianggotai Datuk Rizwandean Bukhary M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser dan Elhanan James.






