KOTA KINABALU – Peguam yang terlibat dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada proses kehakiman berjalan mengikut lunas undang-undang selepas semua keterangan saksi selesai didengar.

Peguam Joan Goh, yang mewakili seorang daripada remaja yang dituduh dalam kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu itu berkata, beliau berharap segala bukti yang dikemukakan sepanjang prosiding telah diteliti secara menyeluruh.

“Kami berharap tiada spekulasi atau tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada mana-mana pihak memandangkan kes ini merupakan satu tragedi yang memberi kesan mendalam kepada semua kanak-kanak yang terlibat.