KOTA KINABALU - Keputusan inkues kematian Zara Qairina Mahathir untuk menentukan punca kematian remaja itu dijangka diumumkan pada 15 Januari tahun depan.Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh berkenaan selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat dalam prosiding inkues tersebut.Beliau turut menetapkan supaya semua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum atau pada 15 Disember.Prosiding inkues berakhir pada Rabu lalu, selepas berlangsung selama 96 hari di Mahkamah Koroner di sini.Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas beliau ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah longkang di asrama sekolahnya pada awal pagi.Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan bahawa satu inkues akan dijalankan berhubung kematian pelajar itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos 2025 memaklumkan bahawa jenazah Zara Qairina akan digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dijalankan.Proses penggalian semula jenazah pelajar itu di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang selesai pada 7.15 malam 9 Ogos 2025.Inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu bermula pada 13 September tahun lepas.