KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, namun menurun kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter saham wajaran tinggi terpilih.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 5.38 mata atau 0.33 peratus kepada 1,618.32 daripada 1,623.70 semasa ditutup pada Khamis.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 300 berbanding 136 manakala 281 kaunter tidak berubah, 2,126 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 319.91 juta unit bernilai RM148.84 juta.






