Kluang: "Dia jemput saya datang untuk makan-makan," itu alasan diberikan seorang lelaki selepas dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan seorang janda di sebuah rumah di taman perumahan di Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Lelaki bujang berusia 30-an itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), jam 11.50 malam, selepas menerima maklumat awam berkaitan tindak-tanduk pasangan terbabit.

Menurut JAINJ, penguat kuasa yang tiba di rumah berkenaan mendapati pintu pagar dan pintu rumah berkunci sebelum mengesan sebuah motosikal dipercayai milik lelaki terbabit di bahagian belakang rumah.

Katanya, dua anggota ditugaskan mengawal pintu belakang, manakala anggota lain mengetuk pintu hadapan selama lebih 20 minit tanpa mendapat respons.