Tertuduh, Chan Wen Jin, 32, dipenjara lapan tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas mengaku bersalah dera budak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis. (Gambar Wikimedia Commons)PETALING JAYA: Seorang lelaki dipenjara lapan tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas mengaku bersalah mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Abdul Fareed Abdul Gafoor terhadap tertuduh, Chan Wen Jin, 32, dan mengarahkannya berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 3 Oktober 2022.

Dia yang juga bekas pemandu e-panggilan dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.