KULAI: Dua pasangan kekasih ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di dua bilik berasingan di rumah kedai di Saleng, di sini semalam.
JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10.50 pagi selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan berkenaan.
Berdasarkan kenyataan itu, pemeriksaan di bilik pertama menemukan lelaki dan wanita, masing-masing berusia 22 tahun yang bukan suami isteri.
"Pemeriksaan lanjut turut menemukan pakaian lelaki dan wanita di dalam bilik berkenaan sebelum pasangan itu mengaku sudah tinggal bersama selama beberapa bulan," katanya.









