KUALA LUMPUR: Anggaran awalan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus selepas mencatatkan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, pengembangan ekonomi Malaysia sebanyak 5.3 peratus pada suku tahun ketiga 2026 disokong oleh prestasi positif merentas kesemua sektor ekonomi, kecuali perlombongan dan pengkuarian yang merekodkan penguncupan.

Menurutnya, secara kumulatif bagi tiga suku tahun pertama tahun 2026, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus, lebih tinggi berbanding 4.8 peratus yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2025.

"Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ketiga 2026 dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding 5/9 peratus pada suku tahun kedua 2026.