MELAKA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dijangka menyaksikan persaingan lebih tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Pemuda Bersatu Melaka, Muhammad Jefri Safri, antara nama yang dikaitkan dengan kemungkinan bertanding di situ.

Setakat ini, Parti Bersama Malaysia (Bersama) sudah mengumumkan calonnya bagi kerusi berkenaan iaitu Dr Muhammad Solehin Saleh, 40, yang juga abang Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhammad Akmal, pada Ogos lalu.

Selain Solehin, dua lagi nama yang turut dikaitkan dengan persaingan di Bemban ialah Ketua Biro Guaman (Perundangan) DAP Negeri Melaka, yang juga Ketua Pasukan Perkhidmatan DAP DUN