Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (tengah) bersama orang ramai pada Karnival Kita Palma 2026 hari ini.PETALING JAYA: Ketua Umno Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan khidmat kepada masyarakat tidak bergantung pada jawatan politik atau calon pilihan raya.
Beliau berkata, keputusan mengenai calon pada PRU16 terletak pada pimpinan parti, namun komitmennya terhadap masyarakat akan diteruskan tanpa mengira kedudukan politiknya.
“Politik hanyalah salah satu medan untuk berbakti. Sama ada saya menjadi calon ataupun tidak, saya akan terus bekerja untuk masyarakat.
“Jawatan politik ada tempohnya. Tanggungjawab kepada masyarakat tidak ada tarikh luput,” katanya dalam kenyataan, sempena Karnival Kita Palma 2026 di Kampung Paya Baru, Taiping.






