Exco Wanita PKR Farahida Fauzi berkata, sekiranya terbukti berlaku pelanggaran undang-undang oleh 'Eric See-To', tindakan tegas hendaklah diambil tanpa berlengah.PETALING JAYA Wanita PKR membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Eric See-To, atau Lim Sian See, berhubung hantaran yang didakwa mempersendakan ungkapan berkaitan ayat suci al-Quran, supaya siasatan sewajarnya dijalankan.

Exco Wanita PKR Farahida Fauzi berkata, susulan laporan dibuat di IPD Kuantan pada kira-kira 12 tengah hari tadi, pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan dengan 'segera, telus dan tanpa pilih kasih'.

"Sekiranya terbukti berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan tegas hendaklah diambil tanpa berlengah,” kata Farahida yang juga timbalan ketua Wanita PKR Pahang dalam kenyataan, lapor Bernama.