KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan selepas dikejar anggota kereta peronda polis (MPV) dari Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya MRR2, Hulu Kelang berhampiran Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Kedua-dua suspek ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max berwarna oren, di persimpangan Jalan Jelatek dengan Jalan Taman Setiawangsa, berhampiran stesen minyak Caltex Setiawangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi.
"Ketika itu, anggota bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, menerima makluman daripada anggota MPV SL 321 yang sedang mengejar kenderaan terbabit.









